Menu
Angka Suzhou SejarahSistem angka Suzhou adalah satu-satunya variasi sistem batang pembilang yang masih wujud. Sistem angka batang ialah sistem angka tatatanda kedudukan yang digunakan oleh orang China dalam matematik. Angka Suzhou adalah variasi angka batang yang berasal dari zaman Dinasti Song Selatan.
Angka Suzhou khusus digunakan sebagai trengkas dalam bidang perdagangan yang banyak menggunakan nombor seperti perakaunan dan simpan kira-kira. Pada masa yang sama, sistem angka Cina piawai digunakan dalam penulisan formal, serupa dengan penyebutan nama nombor dalam bahasa Inggeris. Angka Suzhou pernah terkenal digunakan di kawasan perniagaan orang Cina, seperti di Hong Kong sebelum 1990an, tetapi secara beransur-ansur ia digantikan dengan angka Arab. Keadaan ini mirip dengan apa yang berlaku ke atas angka Rumi yang pernah terkenal digunakan untuk matematik dan perdagangan pada zaman purba dan pertengahan Eropah. Kini sistem angka Suzhou hanya digunakan untuk mempamerkan harga di pasar-pasar orang Cina atau pada invois-invois tulisan tangan tradisional.
Menu
Angka Suzhou SejarahBerkaitan
Angka Angkatan Tentera Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia Angka Khmer Angkatan Pertahanan Israel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Angkatan Islam Singapura Angkara Cinta Angkatan Tentera Amerika Syarikat AngkasawanRujukan
WikiPedia: Angka Suzhou http://unicode.org/notes/tn27/ http://www.unicode.org/policies/stability_policy.h...